Selamat datang ke Amana Capital, rakan niaga anda dalam dagangan atas talian

Kumpulan Amana Capital adalah sebuah Kumpulan Perkhidmatan Kewangan khusus dalam menyediakan perkhidmatan broker di pasaran kewangan antarabangsa iaitu matawang, komoditi dan indeks saham. Berpunca dari perkataan Arab untuk integriti, Amana adalah nama yang mentakrifkan Kumpulan yang diguna pakai untuk menggambarkan semangat amalan-amalan perniagaan dan urusannya. Kumpulan menjalankan operasi beberapa entiti yang dikawal selia dan diberi kuasa oleh badan-badan peraturan yang mempunyai reputasi yang baik.

Visi Kumpulan

Visi kumpulan adalah untuk menjadi pemimpin kelas pertama dipercayai dalam penyampaian perkhidmatan kewangan inovatif dalam menjangkakan keperluan pelabur institusi dan individu.

Pemegang-pemegang saham Kumpulan mempunyai rekod prestasi lama bertapak, membina perniagaan yang berjaya, yang kini menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing termasuk perkhidmatan kewangan, perdagangan antarabangsa, dan pembangunan hartanah. Hari ini, perniagaan ini menggaji lebih daripada 2,000 orang dan merentangi berbilang benua.


Kumpulan Amana Capital terdiri daripada lima entiti utama, iaitu Amana Financial Services-UK, Amana Financial Services (Dubai) Limited, Amana Capital SAL-Lubnan, Amana Capital (Cyprus) Limited dan .

Amana Financial Services

"Amana Financial Services UK Ltd adalah disah kuasakan dan dikawal selia di United Kingdom oleh Financial Conduct Authority (FCA) Nombor Pendaftaran 605070. Syarikat menawarkan perkhidmatannya dari pejabatnya di Ludgate Hill. Fokus strategik syarikat adalah terhadap penyediaan persekitaran dagangan selamat dan boleh dipercayai untuk pelanggan.

Amana Financial Services (Dubai) Limited

Amana Financial Services (Dubai) Limited dikawal selia oleh Dubai Financial Services Authority (DFSA). Syarikat memperolehi lesen pada 12 April 2016 dan melancarkan operasi pejabatnya di Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (Dubai International Financial Center - DIFC).

Amana Capital SAL

Amana Capital SAL, adalah Institusi Kewangan Berlesen dikawal selia oleh Bank Pusat Lubnan (Nombor Lesen 60). Tidak gentar dengan cabaran-cabaran kejatuhan ekonomi daripada krisis kewangan global, Amana Capital SAL adalah entiti kumpulan pertama yang ditubuhkan pada 2010.

Amana Capital Limited

Amana Capital Ltd. merupakan sebuah Firma Pelaburan Cyprus (Cyprus Investment Firm) berlesen yang dikawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (Nombor Lesen 155/11). Amana Capital Ltd memperolehi lesen daripada CySec pada tahun 2011. Penubuhan Amana Capital Ltd. membolehkan Kumpulan untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatan yang disediakan kepada kepelbagaian pelanggan yang semakin meningkat.

 

Mula Berdagang Forex dengan Amana Capital

Membuka akaun dengan Amana Capital adalah ringkas dan mudah Sama ada anda seorang pemula atau pelabur profesional, kami mempunyai penyelesaian yang tepat untuk anda. Buka akaun demo anda dan pelajari asas-asas dagangan, atau buka akaun dagangan sebenar anda untuk memulakan dagangan di pasaran kewangan yang sebenar.

AMARAN RISIKO: Forex dan CFD membawa tahap risiko yang tinggi. Kerugian untuk pelanggan bukan runcit mungkin melebihi deposit. Pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat. Sila baca Pernyataan Pendedahan Risiko untuk maklumat lanjut.